Tuesday, February 8, 2011

PENGURUSAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH

1.       Pendahuluan :

Pengurusan Panitia Pendidikan Islam merupakan teras dalam pengurusan kurikulum sekolah khususnya dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan Pendidikan Islam. Peranannya amat penting dalam usaha menjadikan pengurusan kurikulum Pendidikan Islam di sekolah-sekolah lebih terancang dan sistematik.
Pengurusan Panitia Pendidikan Islam yang cemerlang akan memantapkan prestasi akademik dan sahsiah murid. Justeru itu, diharapkan maklumat ini dapat membantu merealisasikan harapan dan wawasan yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta Falsafah Pendidikan Islam.

2.       Definisi :

Pengurusan Panitia Pendidikan Islam di sekolah bermaksud kemampuan dan kecekapan Panitia Pendidikan Islam merancang, mengurus dan melaksanakan matlamat, objektif strategik dan program panitia secara berterusan dan berkesan.

3.       Punca Kuasa :
                       
Panitia Pendidikan Islam di sekolah ditubuhkan atas arahan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1986.
                    
4.       Objektif :

4.1     Mempertingkat pemahaman mengenai struktur organisasi, fungsi dan tugas panitia Pendidikan Islam di sekolah.
4.2     Mempertingkat kerjasama dan muafakat guru Pendidikan Islam untuk merancang, melaksana, menyelia dan memantau keberkesanan semua program dan aktiviti yang berkaitan.
4.3     Berusaha secara muafakat untuk mencari penyelesaian masalah dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar murid.
4.4     Memantapkan sistem dokumentasi maklumat yang berkaitan dengan panitia Pendidikan Islam.
4.5     Mempertingkat kualiti pengurusan Panitia Pendidikan Islam di sekolah.


5.       Penambahbaikan Pengurusan Panitia :


5.1     Sistem Fail

          5.1.1   Mengadakan sejumlah 14 buah fail yang mengandungi :

                                                 i.               Minit Mesyuarat
                                               ii.               Maklumat Guru
                                              iii.               Surat Menyurat / Pekeliling
                                             iv.               Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran
                                               v.               Pencerapan / Penyemakan Buku Latihan
                                             vi.               Perancangan Peningkatan Panitia
                                            vii.               Analisis Ujian dan Peperiksaan
                                          viii.               Laporan Program / Aktiviti
                                             ix.               Persatuan Agama Islam
                                               x.               Perkembangan Staf
                                             xi.               Kewangan
                                            xii.               Bank Soalan
                                          xiii.               PAFA
                                          xiv.               j-QAF


5.2   Perancangan Peningkatan Panitia

        5.2.1     Menyediakan Rancangan Jangka Panjang yang meliputi Kurikulum, Ko-Kurikulum
                     dan Sahsiah. Rancangan ini adalah merupakan perancangan dalam tempoh tiga hingga lima   
                     tahun.
          5.2.2   Menyediakan Rancangan Tahunan Semasa iaitu dalam tempoh setahun,
                     merangkumi semua program dan aktiviti panitia.
          5.2.3   Menyediakan Rancangan Operasional iaitu kertas kerja bagi setiap aktiviti yang                  
                      hendak dijalankan.


5.3    Perkembangan Staf

      5.3.1     Merancang dan mengadakan Perkembangan Staf sekurang-kurangnya dua kali setahun.
      5.3.2     Pengisian di dalam kursus tersebut merangkumi antaranya, kaedah pengajaran dan      
                   pembelajaran berkesan, pengurusan masa, pengurusan panitia, penggunaan ICT dalam 
                   pengajaran dan perkembangan kurikulum terkini.       

5.4   Pengurusan Kewangan

     5.4.1   Merancang dan membeli bahan bantu mengajar yang bersesuaian.
     5.4.2   Menggunakan peruntukan kewangan (Perkapita Geran - PCG) untuk meningkatkan   
                keberkesanan P&P seperti mencetak dan membeli buku kerja. 
     5.4.3   Menyediakan anggaran belanjawan tahunan panitia.
                                        

5.5    Laporan Program / Aktiviti

     5.5.1     Menyediakan laporan program / aktiviti yang telah dijalankan.
     5.5.2     Semua laporan hendaklah dikemaskini dan dibukukan dalam bentuk yang menarik.


5.6   Penyemakan Buku Latihan

      5.6.1     Menentukan jumlah latihan dalam tempoh setahun mengikut kelas.
      5.6.2     Menghantar buku latihan kepada Guru Besar / Guru Penolong Kanan mengikut
                   jadual yang ditetapkan untuk disemak.
      5.6.3     Menyimpan Borang Semakan di dalam fail panitia.

5.7       Pengurusan Surau

      5.7.1     Memastikan surau berada dalam keadaan bersih dan ceria.
      5.7.2     Menggunakan kemudahan surau untuk amali solat, P&P dan kegiatan  persatuan.
      5.7.3     Merekodkan penggunaan surau dan mengemaskini stok peralatan surau.
           5.7.4     Menggunakan senarai semak pengurusan surau yang dibekalkan oleh Jabatan
                   Pelajaran Negeri masing-masing.